THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Rabu, 21 Januari 2009

Barack Obama angkat sumpah Presiden AS

OBAMA menangkat sumpah jawatan Presiden di hadapan Ketua Hakim, John Roberts (kanan) di bangunan Capitol, Washington semalam.


WASHINGTON -

Barack Hussein Obama semalam mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-44 di bangunan Capitol di sini . Obama menjadi pemimpin kulit hitam pertama memegang jawatan itu selepas beliau memenangi pilihan raya Presiden pada 4 November tahun lalu menewaskan John McCain dari parti Republikan.Dalam upacara itu, beliau meletakkan tangan di atas kitab Injil yang pernah digunakan oleh Abraham Lincoln pada 1861 ketika mengangkat sumpah jawatan Presiden.Beliau mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim John Roberts.Sebelum itu, Joe Biden mengangat sumpah sebagai Naib Presiden AS.Selepas mengangkat sumpah, Obama berucap selama 17 minit dengan menyentuh isu perpaduan rakyat AS.Obama yang mempunyai ibu berkulit putih dari Kansas manakala bapanya berasal dari Kenya menggunakan nama Barack Hussein Obama ketika mengangkat sumpah.Pada waktu pagi sebelum beliau mengangkat sumpah, Obama dan isterinya Michelle mengunjungi gereja St. John's Episcopal yang dikenali sebagai gereja untuk Presiden.Obama yang berumur 47 tahun turut bersarapan pagi bersama George W. Bush dan isterinya, Laura dalam acara tradisi di White House.Tetamu-tetamu dihidangkan dengan daging burung kuang bayas dan itik yang dimasak mengikut masakan Cina di bilik Lincoln, White House. Selepas makan tengah hari, Obama dibawa ke Pennsylvania Avenue dengan kereta rasmi terbarunya yang diberi nama The Beast.Beliau juga menyaksikan perarakan yang menjadi tradisi meraikan Presiden baru AS sejak 200 tahun lalu. - Agensi


ORANG ramai memenuhi kawasan sekitar bangunan Capitol di Washington semalam untuk menyaksikan upacara angkat sumpah Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat.




0 ulasan: